IPOH, 1 Sept (Bernama) -- Seorang wanita tempatan yang cuba menyerang Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak semalam, direman selama tiga hari.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata tempoh reman yang bermula hari ini hingga Rabu dikeluarkan oleh Majistret Wardah Nabilah Mohd Abd Wahab.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah.
Terdahulu wanita berrusia 41 tahun itu tiba di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh kira-kira 10.15 pagi diiring seorang anggota polis.
Semalam, polis menahan wanita tersebut yang cuba menyerang Sultan Nazrin di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak di sini.
Wanita yang mempunyai rekod rawatan psikiatri itu kemudian ditahan pengawal keselamatan bertugas selepas masuk melalui tepi pentas ketika lagu kebesaran negeri Perak berkumandang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial