TAWAU, 2 Sept (Bernama) -- Polis hari ini menahan seorang wanita yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah semasa berucap pada Himpunan Solidariti Justice for Zara di sini, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata wanita berusia 23 tahun itu ditahan kira-kira 12.30 tengah hari di kawasan Batu 4, Jalan Apas di sini bagi membantu siasatan.
“Polis sedang merakam percakapannya dan siasatan lanjut diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan kegusaran masyarakat melalui ucapan, khususnya di tempat terbuka.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti pihak tertentu,” katanya.
Semalam media melaporkan polis menerima tiga laporan berhubung perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 506 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial