Guru Kelar Isteri Didakwa Di Mahkamah Balik Pulau Esok

03/09/2025 07:22 PM

BALIK PULAU, 3 Sept (Bernama) -- Guru lelaki yang bertindak mengelar isterinya dalam kejadian di rumah mereka di Taman Tunas Muda, Sungai Ara dekat sini pada 27 Ogos lepas akan didakwa di Mahkamah Balik Pulau, di sini esok.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata suspek berusia 30 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

"Tempoh reman enam hari ke atas suspek berakhir esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.  

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi Rabu lepas, suspek dipercayai bertindak mengelar leher isterinya yang juga guru berusia 28 tahun sebelum mencederakan dirinya sendiri dengan menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di bilik tidur pasangan berkenaan di Taman Tunas Muda.

Kejadian itu disedari ibu mangsa yang terdengar jeritan anaknya dari tingkat atas rumah dua tingkat berkenaan, sebelum terus naik dan mendapati mangsa ditindih sebelum menarik wanita itu turun dari katil bagi menyelamatkannya.

Sazalee sebelum ini berkata bebanan hutang dipercayai menjadi punca pergaduhan sebelum lelaki itu bertindak mengelar isterinya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan