KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Tiga pengarah syarikat pembinaan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berkaitan dengan projek sebuah lebuh raya di Lembah Klang.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam jemputan media memaklumkan pertuduhan itu akan dibuat pada 9 pagi.
Pada April lepas, media melaporkan SPRM menahan empat individu, terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 50-an hingga 70-an, bagi membantu siasatan berhubung dengan tuntutan yang mengandungi matan palsu kira-kira RM360 juta.
Siasatan awal mendapati tuntutan palsu itu berkaitan dengan penggunaan dana sukuk bagi sebuah projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang bernilai kira-kira RM1.3 bilion, yang dipercayai dilakukan pada 2016 hingga 2017.
Setakat ini, sebanyak 61 saksi telah dipanggil untuk membantu siasatan manakala 14 akaun individu dan lapan akaun syarikat telah dibekukan melibatkan jumlah keseluruhan mencecah RM156 juta.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial