CYBERJAYA, 9 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih meneruskan siasatan berhubung dakwaan yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Pagoh mengenai isu pemberian subsidi RON95.
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, semakan awal terhadap kandungan yang tular di media sosial telah dijalankan dengan kerjasama penyedia platform terbabit.
“Bagaimanapun, MCMC masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak TikTok bagi melengkapkan siasatan,” menurut kenyataan itu.
Sehingga kini, hasil siasatan yang diperoleh telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk penelitian dan arahan lanjut.
MCMC menegaskan pihaknya akan terus bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan bagi memastikan siasatan dijalankan dengan penuh integriti dan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial