Polis Tahan Lelaki Lakukan Amang Seksual Terhadap Kanak-kanak Di Pantai Irama

12/09/2025 06:41 PM

KOTA BHARU, 12 Sept (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan enam tahun di kawasan taman permainan Pantai Irama, Bachok semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok DSP Mohd Azrie Sulaiman berkata kejadian berlaku 6.20 petang dan suspek yang semasa itu berpakaian kostum kartun dilaporkan memeluk, mencium dan menyentuh mangsa.

Perbuatan itu juga dirakam seorang orang awam di lokasi. 

“Mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan dan disahkan tidak mengalami kecederaan fizikal.

“Ujian saringan awal mendapati suspek positif methamphetamine dan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mohd Azrie berkata suspek direman sehingga 18 Sept bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 

Beliau mengingatkan orang ramai sentiasa memantau pergerakan anak di kawasan awam dan segera menyalurkan maklumat jika terlihat perbuatan mencurigakan.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan