KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penularan video di aplikasi TikTok mengandungi unsur hasutan dan mengaibkan Yang di-Pertuan Agong serta Raja.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata tangkapan itu dibuat susulan penularan video berkenaan, disyaki dimuat naik pemilik atau pengendali akaun Tiktok @muhammad.bin.abdu969 semalam.
“Semakan mendapati lelaki berusia 41 tahun itu mempunyai rekod lampau membabitkan tiga kes jenayah dan satu kes berkaitan narkotik.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kumar berkata pihaknya tidak berkompromi terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan platform media sosial untuk menyebarkan kenyataan berunsur hasutan, mengaibkan atau sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat ketenteraman awam serta keselamatan negara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial