SUNGAI PETANI, 13 Sept (Bernama) -- Seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes tikam sehingga mati seorang wanita dan peniaga telefon bimbit di Taman Nona, Guar Chempedak di Yan, direman enam hari.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Fazlina Musa terhadap suspek berusia 29 tahun itu hari ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Ketua Polis Daerah Yan Supt Mohamad Hamizi Abdullah memaklumkan suspek ditahan di Kuala Terengganu, Terengganu pada 9.45 pagi, semalam.
Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki dan wanita ditemukan maut dengan beberapa kesan tikaman pada badan di Taman Nona di Guar Chempedak, pada Khamis lepas.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 malam itu, mangsa lelaki dijumpai dalam keadaan tertiarap di atas jalan di hadapan sebuah rumah manakala mangsa wanita ditemui di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira.
Kedua-dua mangsa berusia 30 dan 28 tahun itu disyaki diserang menggunakan senjata tajam oleh seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan mangsa wanita.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial