Polis Tahan Lelaki Lakukan Gangguan Seksual

22/09/2025 02:30 PM

GEORGE TOWN, 22 Sept (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki kerana melakukan gangguan seksual terhadap pekerja wanita di sebuah premis perniagaan di Bayan Lepas dekat sini, Jumaat lepas. 

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata lelaki tempatan 32 tahun itu ditahan 5.58 petang semalam di sebuah restoran nasi kandar di Bayan Lepas, susulan laporan polis dibuat majikan mangsa pada hari sama.

“Siasatan mendapati lelaki itu masuk ke dalam premis perniagaan yang dijadikan stor menjual barangan permainan kanak-kanak secara dalam talian dan cuba mengajak mangsa melakukan hubungan seks,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sazalee berkata kejadian turut disaksikan seorang lagi pekerja wanita dalam premis selain dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di situ.

Beliau berkata video kejadian itu tular kira-kira 10 pagi semalam di aplikasi X.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan