KUALA BERANG, 24 Sept (Bernama) -- Seorang pemandu lori maut selepas ditimpa kayu balak di tapak pembalakan Kampung Kemat.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Supt Sharudin Abdul Wahab berkata Mohamad Naim Muhamad Afandi, 34, dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 3.48 petang tadi.
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berhubung insiden tersebut daripada rakan mangsa, Yaki Sidi, 37, yang berada di lokasi kejadian.
"Siasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari Kampung Kelubi Puteh, Jerteh, Besut itu ditimpa kayu balak semasa kerja pembalakan sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sharudin berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.
"Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial