Pegawai Polis Maut Kemalangan Dua Motosikal Di Ipoh

05/10/2025 06:02 PM

IPOH, 5 Okt (Bernama) -- Seorang pegawai polis maut apabila motosikal yang ditungganginya hilang kawalan dan melanggar sebuah motosikal lain di Kilometer 287.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira 9.40 pagi itu, Insp Muhamad Helmi Hakim Muhamad Raus, 30, yang berkhidmat sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mangsa menunggang Honda CBR350RS telah melanggar sebuah motosikal Honda Wave dari arah belakang yang ditunggangi seorang lelaki berumur 16 tahun.

"Kejadian itu menyebabkan motosikal ditunggangi mangsa hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abang Zainal Abidin berkata penunggang Honda Wave itu pula hanya mengalami kecederaan ringan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan