KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Seorang pekerja kontraktor warga Bangladesh maut manakala seorang lagi rakannya cedera selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kawasan projek berhampiran Cybersouth, Dengkil, dekat sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Muhktar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.19 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dengkil tiba di lokasi kira-kira sembilan minit kemudian.
“Kedua-dua mangsa lelaki warga Bangladesh merupakan pekerja kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB). Mangsa dilaporkan tertimbus di bawah tanah semasa menjalankan kerja-kerja di tapak.
“Seorang disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan patah tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial