BUKIT MERTAJAM, 21 Okt (Bernama) -- Polis menasihatkan orang ramai agar menghentikan spekulasi dan penyebaran maklumat tidak sahih berhubung kes pembunuhan dua beranak di Kampung Sekolah Juru, Sabtu lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata tindakan itu boleh menjejaskan siasatan yang masih dijalankan bagi mengenal pasti pelaku sebenar serta motif kejadian.
“Saya menasihatkan orang ramai supaya henti buat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dalam kejadian itu, Sariya Che Hin, 51, dan anak angkatnya Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11, ditemukan mati di rumah sewa mereka, dengan mayat wanita itu dijumpai di dapur manakala anaknya di tingkat atas.
Tiga individu termasuk suami mangsa dan seorang warga Bangladesh direman bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial