Seorang Cedera Kebakaran Rumah Di Kepala Batas

05/12/2025 03:33 PM

KEPALA BATAS, 5 Dis (Bernama) -- Seorang lelaki cedera manakala dua lagi selamat dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Permatang Tok Gelam di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran rumah berkeluasan 2,400 kaki persegi pada 8.42 pagi.  

“Mangsa dilaporkan cedera pada bahagian tangan semasa cuba membuka pintu rumah untuk menyelamatkan diri.

“Dua lagi yang terperangkap di dalam rumah bagaimanapun berjaya dikeluarkan orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata operasi melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas dan dibantu Pasukan Bomba Sukarela Sungai Puyu. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan