Lelaki Maut Terperangkap Dalam Lubang Pembentung

27/12/2025 06:30 PM

IPOH, 27 Dis (Bernama) -- Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas dilaporkan terperangkap di dalam lubang pembentung di Kampung Baru Tanah Mas, Tapah hari ini.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian membabitkan mangsa berusia dalam lingkungan 40 tahun itu pada 1.38 tengah hari menerusi aduan awam.

“Sebuah jentera bersama pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah digerakkan ke lokasi kejadian sejauh kira-kira sembilan kilometer.

“Kami mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri serta tidak memberikan sebarang respons. Petugas Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan