Pembantu Kedai Perkakasan Rugi Lebih RM50,000 Ditipu Sindiket Tawaran Hadiah Wang Tunai

27/12/2025 06:28 PM

KUALA BERANG, 27 Dis (Bernama) -- Seorang pembantu kedai perkakasan kerugian sebanyak RM56,600 selepas diperdaya sindiket tawaran hadiah wang tunai.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata pada 24 Dis lepas, mangsa yang berusia 18 tahun telah dihubungi oleh seorang individu yang memaklumkan bahawa remaja lelaki itu memenangi hadiah wang tunai.

Beliau berkata bagaimanapun, untuk mendapatkan hadiah tersebut, mangsa diminta membayar sejumlah wang terlebih dahulu, yang didakwa akan dikembalikan bersama-sama hadiah yang dijanjikan.

"Lelaki tersebut yang terperdaya telah membuat empat kali bayaran berjumlah RM56,600 dalam tempoh 24 hingga 25 Dis lepas.

"Mangsa menyedari ditipu setelah suspek lelaki itu terus mendesaknya supaya memasukkan wang," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Sharudin berkata mangsa membuat laporan polis petang semalam, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan