BERITA TERGEMPAR   The Malaysia Economic Forum 2026 will be held on Feb 5 to strengthen the MADANI Economy narrative, ensuring inclusive and sustainable growth -- Economy Minister | 

Dua Lelaki Ditahan Dipercayai Terlibat Curi Meter Air

06/01/2026 03:35 PM

SUNGAI PETANI, 6 Jan (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki dan merampas 100 unit meter air yang dipercayai dicuri di sekitar daerah Kuala Muda.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata masing-masing berusia 47 dan 48 tahun serta dipercayai ahli ‘Geng Kecik’ yang aktif dalam kegiatan mencuri meter air sejak November lepas, ditahan  menerusi operasi khas yang dijalankan minggu lepas.

“Polis kini mengesan dua lagi lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Geng Kecik bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kumpulan berkenaan didapati membeli meter air daripada pencuri dan menyimpannya di dalam kenderaan tersadai yang ditemukan di parkir di kawasan belakang sebuah rumah di Taman Mutiara.

Semakan rekod kesalahan lampau mendapati kedua-dua lelaki yang ditahan mempunyai rekod kesalahan berkaitan dadah dan jenayah.

“Suspek pertama mempunyai dua rekod jenayah dan empat rekod dadah, manakala suspek kedua mempunyai tiga rekod berkaitan dadah,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Dalam kes lain, Hanyan berkata tiga lelaki direman seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung kes pecah masuk sebuah kedai telefon bimbit di Taman Cendana, dekat sini, awal pagi semalam.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku antara 3 hingga 6 pagi dengan kesemua ditahan berusia antara 17 hingga 40 tahun, termasuk seorang pengawal keselamatan.

“Kes dipercayai membabitkan antara tiga hingga lima suspek dan setakat ini siasatan mendapati tiada senjata digunakan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan