Kes Bunuh Di Sg Bakap: Dua Lelaki Disambung Reman Enam Hari

06/01/2026 10:39 PM

NIBONG TEBAL, 6 Jan (Bernama) -- Reman dua lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki maut dan dua lagi cedera selepas diserang sekumpulan lelaki bertopeng bersenjatakan objek tajam di sebuah restoran di Sungai Bakap pada 30 Dis, disambung enam hari lagi.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata penyambungan reman dua lelaki berusia 23 dan 36 tahun itu, bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Polis juga sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan jika masih terdapat suspek lain terlibat dalam kejadian serangan tersebut dan setakat ini, 14 suspek ditahan serta masih dalam tempoh reman,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini dilaporkan tiga mangsa yang merupakan peniaga diserang lebih 15 lelaki semasa sedang minum di sebuah restoran, menyebabkan seorang maut manakala dua lagi cedera termasuk seorang kritikal, namun kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan