| BERITA TERGEMPAR | The Malaysia Economic Forum 2026 will be held on Feb 5 to strengthen the MADANI Economy narrative, ensuring inclusive and sustainable growth -- Economy Minister | |
LABUAN, 7 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua penjawat awam dan seorang kontraktor bagi membantu siasatan dakwaan tuntutan palsu melibatkan pembekalan makanan tahanan.
Majistret Dr Melissa Chia membenarkan permohonan oleh SPRM dan mengeluarkan perintah reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Tiga individu itu termasuk seorang pengurus syarikat ditahan secara berasingan semalam, bagi membantu siasatan dakwaan tuntutan palsu bernilai RM40,000 antara April dan Julai 2025.
Kontraktor itu dipercayai mengemukakan invois palsu pembekalan makanan itu manakala dua penjawat awam tersebut yang bertugas dalam urusan kewangan didakwa bersubahat sebagai balasan kepada wang tunai.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial