Empat Ditahan Berhubung Ugutan Terhadap Ketua Polis Kelantan

08/01/2026 04:49 PM

KOTA BHARU, 8 Jan (Bernama) -- Polis telah menahan empat lelaki warga tempatan berhubung ugutan terhadap Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Mohd Yusoff berkata kesemua mereka ditahan sejak beberapa hari lepas untuk diambil keterangan bagi siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

"Kita tidak menolak kemungkinan mereka diupah sindiket dadah mahupun along," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu dan Perhimpunan Penjawat Awam Kelantan Tahun 2026 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Mohd Yusoff menerima ugutan dipercayai daripada sindiket yang terkesan dengan ketegasan pasukan pimpinannya menangani jenayah di negeri ini.

Ugutan itu berupa contengan menggunakan dakwat merah pada dinding lapang sasar di Gunong, Bachok pada 22 Dis lepas. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan