JITRA, 19 Jan ( Bernama) -- Dua individu ditemukan rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di Plaza Tol Jitra, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, dekat sini awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah Penguasa Kanan Bomba I Azhar Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.05 pagi sebelum sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jitra digerakkan ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kereta Honda Civic FD terbakar kira-kira 85 peratus, dengan dua mangsa rentung dipercayai seorang lelaki dan seorang perempuan berada di dalam kereta berkenaan.
“Operasi pemadaman turut dibantu lima anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Seberang Nyonya. Api berjaya dikawal sepenuhnya pada 1.23 pagi dan kerja pemotongan kenderaan dilakukan bagi mengeluarkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 4.15 pagi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial