JPJ Pahang Periksa 1,448 Kenderaan Perkhidmatan Awam Sepanjang 2025

14/02/2026 12:14 AM

KUANTAN, 13 Feb (Bernama) -- Sebanyak 1,448 kenderaan perkhidmatan awam telah diperiksa oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang sepanjang tahun lepas, dengan 65 daripadanya atau 4.5 peratus diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Razali Kassim berkata hasil pemeriksaan yang dijalankan itu juga, sebanyak 454 notis saman JPJ (P22) telah dikeluarkan.

“Selain itu, daripada 138 saringan urin yang dilaksanakan ke atas pemandu kenderaan perkhidmatan awam tiga kes atau dua peratus didapati positif, sekali gus menunjukkan keperluan pemantauan berterusan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya ketika berucap pada Program Advokasi sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2026.

Dalam pada itu, beliau berkata bagi tempoh sama, JPJ Pahang turut melaksanakan pelbagai program advokasi dan pendidikan keselamatan jalan raya sepanjang tahun lepas sebagai usaha meningkatkan kesedaran awam.

“Sebanyak 82 program advokasi dan ceramah keselamatan jalan raya telah dilaksanakan melibatkan 16,185 peserta daripada pelbagai kumpulan sasaran termasuk pelajar sekolah, pemandu kenderaan awam, penjawat awam dan komuniti setempat,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan