KOTA BHARU, 19 Feb (Bernama) -- Mayat adik kepada anggota bomba yang lemas di Pantai Kandis, Bachok ditemukan awal pagi tadi di Pantai D’Aur, kira-kira 200 meter dari lokasi abangnya dijumpai semalam.
Mangsa, Ahmad Nurruddin Ab Wahab, 21, ditemukan orang awam pada 7.10 pagi yang kemudian memaklumkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata pengecaman dibuat oleh bapa mangsa yang mengesahkan identiti anaknya di lokasi kejadian.
"Petugas kesihatan mengesahkan kematian mangsa dan mayat dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata lokasi penemuan mangsa kedua itu dianggar kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mangsa dilaporkan lemas pada Selasa lepas.
Semalam, mayat abang mangsa yang juga anggota bomba di Pulau Pinang, Ahmad Badrul Naim Ab Wahab, 32, ditemukan pada 12.52 tengah hari.
Dengan penemuan kedua-dua mangsa, operasi mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai agensi ditamatkan pada 9.30 pagi tadi selepas semua prosedur di lokasi selesai.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial