PUTRAJAYA, 27 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat individu bagi membantu siasatan satu kes dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu.
Dalam kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan bahawa individu berkenaan ialah Asnida Abdul Daim, Md Wira Dani Abdul Daim, Muhammed Amir Zainuddin Daim dan Muhammed Amin Zainuddin Daim.
Menurut SPRM, Asnida mempunyai alamat terakhir di No. 6, Lot 545, Lorong Pelangi Pagi D, Country Heights, 43000 Kajang, Selangor.
“Mereka yang mengenali atau mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohamad Da’eem Mohd Ali menerusi talian 017-9127217 atau e-mel mohamad.daeem@sprm.gov.my,” menurut kenyataan SPRM.
Sementara itu, Md Wira Dani beralamat terakhir di No. 333, Jalan Kolam Air, Taman Melawati, Ulu Klang, 53100 Kuala Lumpur dan maklumat tentang beliau boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Ahmad Aiman Ramly melalui talian 011-61930814 atau e-mel ahmad.aiman@sprm.gov.my.
SPRM memaklumkan Muhammed Amir Zainuddin pula mempunyai alamat terakhir di No. 6, Persiaran Bukit Tunku, Bukit Tunku, 60480 Kuala Lumpur.
Mereka yang mengetahui keberadaannya diminta menghubungi pegawai penyiasat Muhamad Ridhwan Mat Hussain 019-9895174 atau e-mel ridhwan.hussain@sprm.gov.my.
Orang ramai yang mempunyai butiran tentang Muhammed Amin Zainuddin yang beralamat sama dengan Muhammed Amir, boleh menghubungi pegawai penyiasat Hardiansyah Ismail 013-5639147 atau e-mel hardiansyah@sprm.gov.my.
“SPRM meminta kerjasama masyarakat untuk membantu melancarkan proses siasatan,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial