KPDN Rampas 2,600 Liter Petrol Di Kudat, Warga Emas Ditahan

04/04/2026 10:22 PM

KUDAT, 4 April (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kudat merampas 2,600 liter petrol dipercayai diseleweng dalam satu operasi bersepadu di Kampung Pagasaon, Pitas, hari ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDN Kudat Nazatul Shima Karim berkata dalam serbuan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Empat, seorang lelaki tempatan berusia 76 tahun ditahan kerana menyimpan bahan api itu tanpa kebenaran sah.

“Minyak petrol itu disimpan dalam 13 tong drum yang diletakkan di bahagian belakang sebuah struktur bangunan dan ditutupi dengan kanvas dalam keadaan mencurigakan,” katanya dalam kenyataan.

Nazatul Shima berkata kes disiasat mengikut Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana berurusan dengan barang kawalan tanpa lesen atau kebenaran sah.

Katanya pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan bahan api kerana ia memberi kesan langsung kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan