PASIR PUTEH, 10 Mei (Bernama) -- Dua lelaki berusia 25 tahun direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di Ladang Merdeka Cherbu, Padang Lati, Bachok, tiga minggu lepas.
Perintah reman sehingga Jumaat depan dikeluarkan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan di Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dua suspek itu tiba di mahkamah pada 9.40 pagi dengan memakai pakaian lokap dan bergari serta diiringi anggota polis.
Pada 15 April, seorang lelaki OKU pembelajaran Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, maut dipercayai akibat dipukul.
Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia pada 12.55 pagi ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial