JEMPOL, 2 Jun (Bernama) -- Dua Unit Anjing Pengesan (K9) digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga emas yang dilaporkan hilang di kawasan kebun sawit di Palong, di sini sejak Ahad.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintenden Norhisham Mustapar berkata operasi SAR diteruskan pada pagi ini dengan keluasan radius tiga kilometer dari lokasi penemuan motosikal yang ditinggalkan dalam kebun berkenaan.
"Operasi SAR pagi ini akan menggunakan unit anjing pengesan, iaitu Rabel dan Tyson bagi membantu mengesan warga emas itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Mangsa Abdullah Alias,78, berkulit cerah dan mempunyai ketinggian 160 sentimeter, dilaporkan hilang dengan pakaian terakhir baju kemeja-T warna kelabu dan bertopi merah.
Beliau berkata orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat diminta untuk tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi talian 06-45762222
Semalam. media melaporkan seorang lelaki warga emas tidak pulang ke rumah selepas dipercayai keluar ke kebun itu pada Ahad, 5 petang.
Usaha mencari dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Palong, tiga anggota polis dan lapan orang awam ke lokasi kejadian.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial