KUANTAN, 8 Jun (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki dan merampas 402.3 liter air ketum serta 270 kilogram daun ketum, bernilai RM27,500 dalam satu serbuan di sebuah garaj di Tanah Putih, Kuantan pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata suspek berumur 38 tahun itu ditahan pada 8.10 malam, dan hasil semakan awal mendapati lelaki terbabit mempunyai empat rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.
“Saringan ujian air kencing suspek didapati negatif dadah dan dia kini direman empat hari hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Ashari berkata pihaknya terus komited dalam usaha membanteras dadah dan bahan terlarang demi melindungi generasi masa kini dan akan datang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial