15 Rumah Di Kampung Cina Musnah Terbakar

08/06/2026 09:40 PM

KOTA BHARU, 8 Jun (Bernama) -- Sebanyak 15 rumah di Jalan Kampung Cina di sini musnah dalam kebakaran hari ini. 

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Khairul Ariffin Che Ramli berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.34 tengah hari dan kebakaran berjaya dikawal pada 12.46 tengah hari. 

Beliau berkata api merebak dengan pantas berikutan kedudukan rumah yang rapat selain kebanyakannya dibina menggunakan struktur kayu.

“Keadaan cuaca panas turut menyumbang kepada api merebak dengan cepat,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Khairul Ariffin berkata operasi melibatkan 38 pegawai dan anggota bomba serta lima bomba sukarela dengan kekuatan empat jentera dan sebuah lori tangki air, selain turut menggunakan sumber air pili bomba dan Sungai Kelantan.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, seorang penduduk Rohani Ab Ghani, 55, berkata segera memaklumkan kejadian itu kepada jiran supaya dapat menyelamatkan barangan berharga sebaik sahaja menyedari kebakaran yang berlaku kira-kira 10 meter dari rumahnya. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan