ISKANDAR PUTERI, 12 Jun (Bernama) -- Polis sedang memburu tiga lelaki dipercayai warga asing yang disyaki mencederakan seorang pemandu e-panggilan di kawasan Taman Tan Sri Yaakob, Skudai di sini, Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M. Kumarasan berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada mangsa lelaki tempatan berusia 56 tahun pada 11.09 pagi, Rabu.
Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa mengambil tiga penumpang lelak itu kira-kira 9.30 malam, Selasa.
"(Bagaimanapun), semasa dalam perjalanan, mangsa telah menegur mereka kerana dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan membuat bising di dalam kenderaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kumarasan berkata akibat tidak berpuas hati dengan teguran yang diberikan, ketiga-tiga suspek terbabit bertindak mencederakan mangsa, dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi sembilan saat yang dimuat naik kumpulan “Update & Info" di laman Facebook memaparkan kejadian itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial