DUNGUN, 3 Julai (Bernama) -- Seorang wanita mengalami masalah mental dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari jambatan Sungai Paka di Jalan Jabor-Paka berhampiran Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Nik Ab Halim Nik Mat berkata Nor Haslini Din, 47, terjatuh dari jambatan kira-kira 100 meter dari rumahnya pada 10.30 pagi.
"Bapa mangsa, Din Zakaria, 77, yang melihat kejadian itu tidak sempat menyelamatkan anak perempuannya yang dihanyutkan arus deras,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata bapa mangsa kemudian melaporkan kejadian kepada pihak polis.
Ab Halim berkata operasi mencari dan menyelamat Nor Haslini melibatkan 27 anggota daripada pelbagai agensi dengan disertai orang awam di sekitar dua kilometer dari lokasi kejadian.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial