AM

Orang ramai dinasihati waspada panggilan palsu dakwa daripada "EAIC"

25/11/2019 02:44 PM

PUTRAJAYA, 25 Nov -- Orang ramai dinasihati agar berwaspada dengan panggilan telefon, e-mel atau apa-apa aplikasi atau medium sosial yang mendakwa sebagai pihak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan meminta sejumlah bayaran wang tunai bertujuan untuk penyelesaian hutang bank.

Ia susulan pihaknya menerima aduan daripada mangsa yang menerima panggilan palsu tersebut hari ini, menurut EAIC dalam satu kenyataan hari ini.

“Pihak EAIC akan membuat laporan polis berhubung perkara ini dan berharap tindakan sewajarnya akan dijalankan bersama-sama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi melindungi orang awam serta menjaga reputasi Suruhanjaya ini," menurutnya.

Orang awam yang menerima panggilan meragukan dinasihatkan agar berhati-hati dan mendapatkan pengesahan daripada EAIC menerusi talian dan alamat yang dipaparkan di portal rasmi www.eaic.gov.my.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan