KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Kementerian Kewangan hari ini mengarahkan syarikat-syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi kad prabayar supaya mengecualikan cukai perkhidmatan kepada pelanggan warganegara Malaysia.
Menterinya Lim Guan Eng berkata ia perlu bagi mengatasi masalah syarikat-syarikat telekomunikasi yang menghadapi kesukaran untuk mengubah sistem mereka dengan segera.
“Kaedah lain akan diumumkan kemudian untuk syarikat-syarikat telekomunikasi agar kerajaan tidak kerugian dalam usaha memastikan pelanggan mendapat nilai penuh bagi bayaran kad prabayar yang dibuat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata pengecualian itu berdasarkan kepada Seksyen 34(3)(a) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan berkuat kuasa mulai 6 Sept 2018.
“Melalui pengecualian ini, pelanggan akan mendapat nilai kredit penuh apabila membuat tambah nilai dan tidak lagi dikenakan cukai perkhidmatan,” katanya.
Semua syarikat telekomunikasi perlu mengambil tindakan segera bagi mematuhi penetapan pengecualian cukai perkhidmatan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial