SEREMBAN, 21 Okt (Bernama) — Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) mengarahkan pengusaha premis sate tulang di Senawang menutup operasinya selama dua minggu bermula hari ini, kerana didapati telah mengabaikan aspek kebersihan dalam penyediaan makanan.
Pengarahnya, Dr Zainudin Mohd Ali berkata pihaknya telah membuat pemeriksaan mengejut ke atas sebuah rumah yang dijadikan tempat penyediaan sate tulang tersebut, susulan tular isu kebersihan tempat berkenaan oleh netizen dalam Facebook.
“Maklum balas yang diterima hasil siasatan ini mendapati pemunya premis telah melanggar Akta Makanan 1983 dan secara keseluruhan premis ini didapati tidak bersih.
“Selain itu pengusaha premis juga didapati telah melakukan beberapa kesalahan seperti pengendali makanan tiada suntikan tifoid, peralatan masakan yang kotor dan amalan penyediaan makanan yang tidak bersih,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dr Zainuddin berkata premis tersebut diarahkan tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
— BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial