AM

Seperti raja jika berada di atas kuda

16/01/2019 04:44 PM

KOTA BHARU, 11 Jan (Bernama) -- “Kuda jika dapat naik di atas belakangnya kita raja”. Itu ungkapan yang diungkap seorang joki kuda pecut berasal dari Kampung Taman Buaya, Pantai Cahaya Bulan.

Kelantan negeri terkenal dengan pertandingan tradisi, di antaranya yang sinomim di mata masyarakat ialah perlumbaan kuda kampung dan perlumbaan kuda ‘racing’. Joki yang menunggang kuda tersebut tidak menggunakan pelana (saddle), menjadikan perlumbaan kuda itu lebih unik.

Mohd Nasrizi Mohd Nawi, 31, dikenali sebagai Jiey di kalangan penduduk kampung merupakan seorang joki kuda pecut, pelatih kuda dan pelatih joki yang menempa nama sebagai joki dan pelatih kuda seawal usia 13 tahun selepas memenangi beberapa siri perlumbaan kuda di Kelantan pada tahun 2000.

“Masa itu saya tingkatan satu, saya berlumba di Pantai Cahaya bulan. Sewaktu bermula kuda joki lain semua jalan ke depan, saya jalan kebelakang. Dengan semangat saya teruskan perlumbaan dan menjadi juara. Sejak itu, ramai pemilik-pemilik kuda memcari saya untuk menjadi joki kuda mereka..”, katanya kepada Bernama.

Ikuti catatan video daripada Bernama Digital Journal oleh wartawan foto Hafzi Mohamed yang disiarkan melalui Bernama.com dan di Facebook Bernama Official.

— BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan