KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki berusia 43 tahun yang ditahan oleh polis semalam susulan dakwaan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad, direman empat hari bermula hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama di sini.
Semalam, polis menahan seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Alvin Chow’ selepas dia didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan.
Setakat ini, sebanyak 929 laporan polis diterima dari seluruh negara berhubung kes sebegini dan polis telah membuka 16 kertas siasatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial