AM

MDEC peruntuk RM100,000 untuk 'hub digital maker'

06/04/2019 10:02 PM

KUALA PILAH, 6 April (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memperuntukkan RM100,000 dalam usaha membangunkan HUB Digital Maker di sekolah seluruh negara.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith berkata, ketika ini terdapat 24 buah sekolah terlibat dalam program itu termasuk Sekolah Menengah Sains Tunku Jaafar (SMSTJ).

"HUB Digital kelolaan MDEC ini memungkinkan jaringan kerjasama dalam bidang Digital Maker antara SMSTJ dengan sekolah-sekolah lain sekitar Kuala Pilah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bilik Digital Maker HUB Champion School dan Jaringan Kerjasama Digital Maker di sini, hari ini.

“Sekolah-sekolah ini akan dilibatkan sama dalam program-program yang akan dilaksanakan di SMSTJ terutamanya yang membabitkan program Inovasi robotik dan pelbagai program lain," tambahnya.

Sementara itu, Eddin berkata SMSTJ turut dipilih menjadi HUB e-RPH Google Classroom seluruh Malaysia bagi tahun 2019, dan menurutnya sehingga kini 60 sekolah bimbingan SMSTJ seluruh Malaysia menggunakan aplikasi Google Classroom ini. 

"Ini bermakna sekolah-sekolah yang dilantik ini secara langsung akan menjadi sekolah jaringan serta mendapat bimbingan SMSTJ dan seterusnya menjadi HUB atau agen penyebar e-RPH di sekolah-sekolah sekitar mereka nanti," katanya .  

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan