AM

Laluan Hutan Melintang-Teluk Intan sedia dibuka untuk lalu lintas

21/05/2019 05:55 PM

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Jajaran Seksyen 8 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) iaitu antara Hutan Melintang dan Teluk Intan sedia dibuka kepada lalu lintas pada satu tarikh yang akan diumumkan kerajaan dalam tempoh terdekat selepas ia diwartakan.

WCE dalam kenyataan media hari ini berkata pemeriksaan fizikal dan keselamatan di tapak jajaran itu menunjukkan ia mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). 

Terdahulu, tiga seksyen bagi jajaran di Perak iaitu Seksyen 8, 9 dan 10 dilaporkan berada dalam peringkat akhir penyiapan dan dijangka dibuka secara berperingkat seawal Jun 2019 dan seksyen lainnya dibuka apabila siap kelak.

Jajaran Lebuhraya WCE merentasi Selangor dan Perak sepanjang 233km dengan di Selangor bermula dari Jalan Banting - KLIA (B18) hingga Persimpangan Bertingkat Tanjong Karang sepanjang 93.8km manakala di Perak bermula dari Jalan Persekutuan (FR5) di Hutan Melintang ke Plaza Tol Changkat Jering sepanjang 139.2km.

Lebuhraya WCE mempunyai 21 persimpangan bertingkat dengan 20 plaza tol selain turut dihubungkan dengan lebuhraya sedia ada seperti PLUS, SKVE, NKVE, NNKSB, LATAR, KESAS demi memenuhi keperluan trafik di laluan utama.

Jajaran Lebuhraya WCE di Perak mempunyai empat seksyen iaitu Seksyen 8 (persimpangan Hutan Melintang-Teluk Intan), Seksyen 9 (persimpangan Lekir-Changkat Cermin), Seksyen 10 (persimpangan Changkat Cermin-Beruas) dan Seksyen 11 (persimpangan Beruas-Taiping Selatan).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan