BERITA TERGEMPAR   PM Anwar expresses condolences to the family of Egyptian Islamic movement activist Youssef Nada who passed away today | 
 EKONOMI

DBhd, MBNSI akan bangunkan bersama projek pembangunan bercampur RM771 juta

17/06/2019 11:40 PM

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Damansara Realty Bhd (DBhd) bekerjasama dengan Menteri Besar Negeri Sembilan Incorporation (MBNSI) untuk membangunkan bersama projek pembangunan bercampur dengan nilai pembangunan kasar (GDV) lebih daripada RM771 juta di Seri Sendayan, Negeri Sembilan.

Dalam satu kenyataan hari ini, DBhd berkata projek itu akan terdiri daripada lot kedai, podium komersil dan unit kediaman di tanah komersil 20.23 hektar dimiliki oleh MBNSI, yang akan dibangunkan dalam tempoh 10 tahun.

Pengarah Urusan Kumpulan DBhd, Tan Sri Brian Iskandar Zulkarim berkata fasa 1 pembangunan itu akan bermula pada Januari 2020 apabila perjanjian pembangunan bersama MBNSI dimuktamadkan, dan ia disasarkan siap pada 2022.

"Disokong oleh kepakaran kami dalam pembangunan kediaman dan perbandaran serta perancangan hospital, kami yakin bahawa gabungan kekuatan kami akan memberikan kelebihan tambahan dan meningkatkan ekonomi negeri," katanya.

DBhd berkata tanah itu terletak berhampiran kawasan pertumbuhan utama -- Seremban, Seremban 2, Sepang dan Nilai -  berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan lokasi strategik menghubungkan Lebuhraya Utara-Selatan dan Projek Maju Expressway (MEX) 2 yang akan datang. 

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan