BERITA TERGEMPAR   Malaysia hopes ASEAN-Canada Free Trade Agreement negotiations can be concluded soonest possible for mutual benefit - PM Anwar | 
 DUNIA

Moon berikrar pertingkat kempen antarabangsa untuk beri penghormatan kepada 'wanita penghibur'

14/08/2019 03:09 PM

SEOUL, 14 Ogos (Bernama) -- Presiden Moon Jae-in pada Rabu berkata kerajaannya akan mempertingkat usaha untuk meningkatkan kesedaran antarabangsa berhubung isu wanita Korea yang dipaksa menjadi hamba seks secara sistematik kepada tentera Jepun semasa Perang Dunia II, lapor agensi berita Yonhap.

"Kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk memulihkan maruah dan kehormatan mangsa yang menjadi wanita penghibur tentera Jepun,” kata Moon dalam satu amanat sempena sambutan hari memperingati mangsa.

Ahli sejarah berkata sehingga 200,000 kanak-kanak perempuan dan wanita, kebanyakannya rakyat Korea, mengalami kesengsaraan itu yang dikategorikan Korea Selatan secara rasmi sebagai satu jenayah terhadap kemanusiaan.

Isu itu pertama kali diketahui umum pada 14 Ogos 1991 melalui keterangan bersejarah mangsa yang dijadikan wanita penghibur, Kim Hak-sun, berkaitan pengalaman ngerinya.

Tahun lepas, pentadbiran liberal Moon telah menetapkan tarikh itu sebagai Hari Memperingati Wanita Penghibur secara rasmi.

Moon berkata ketabahan Kim dan mangsa lain dalam mendedahkan kesengsaraan mereka telah menyebabkan lebih ramai orang mengetahui kebenaran.

Kebanyakan mangsa telah mengambil bahagian dalam perhimpunan tunjuk perasaan yang berlangsung berhampiran Kedutaan Jepun di Seoul pada setiap Rabu sejak 1992 yang mendesak Tokyo memohon maaf secara rasmi.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan