AM

Skuad kembara Bernas jelajah Malaysia sempena Hari Kebangsaan

11/09/2019 12:43 PM

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-62, Padiberas Nasional Berhad (Bernas) hari ini, melancarkan siri jelajah Skuad Kembara Bernas (SKB) bagi memupuk semangat perpaduan antara warga Bernas dengan masyarakat setempat.

Bernas dalam satu kenyataan berkata, program jelajah selama tiga hari bermula hari ini, adalah antara usaha syarikat mendekati masyarakat selain sebagai medium berkongsi maklumat mengenai beras-beras yang terdapat di serata dunia.

“Siri jelajah ini membabitkan empat kumpulan yang akan menjelajah ke beberapa lokasi di negeri-negeri pantai barat, utara dan pantai timur Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

“Antara pengisian program termasuklah sesi bertemu dan maklum balas pelanggan bersama penduduk, selain mengadakan pameran beras keluaran tempatan dan keluaran dari negara lain,” menurut kenyataan itu, di sini, hari ini.

Antara lokasi SKB adalah Pekan Sekinchan, Selangor; Pusat Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pusat Tranformasi Desa (RTC) Simpang Pulai, Perak; Pasar Pagi Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Pasar Pagi Kampung Berjaya Alor Setar, Kedah.

Lokasi lain termasuk Pasir Putih, Kelantan; Bukit Kenak, Terangganu; Kota Kinabalu dan Tepilok di Sabah serta Kuching, Sarawak.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan