BERITA TERGEMPAR   Malaysia hopes ASEAN-Canada Free Trade Agreement negotiations can be concluded soonest possible for mutual benefit - PM Anwar | 
 AM

SC dakwa bekas MD DIS Tech kerana perdagangan orang dalam

10/10/2019 09:57 PM

KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mendakwa Cheah Yew Keat, bekas Pengarah Urusan (MD) DIS Technology Holdings Bhd, dengan lima pertuduhan perdagangan orang dalam dalam saham syarikat itu.

Kesemua lima pertuduhan itu bagi kesalahan perdagangan orang dalam di bawah Seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, katanya dalam kenyataan di sini.

Cheah didakwa menjual 2,884,300 unit saham DIS Technology melalui akaun milik Chuah Ni manakala memiliki maklumat bukan awam antara 1 Mac, 2010 dan 4 Mac, 2010, menurut SC.

Maklumat bukan awam yang dirujuk dalam semua pertuduhan berkaitan dakwaan salah nyata laporan kewangan suku tahun DIS Technology antara suku ketiga 2008 dan suku keempat 2009 yang memberi impak yang ketara kepada keputusan kewangan syarikat itu.

Perdagangan orang dalam adalah kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta. Cheah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut, katanya.

Hakim Mahkamah Sesyen Tuan Hasbullah Adam, yang menetapkan jaminan sebanyak RM200,000 dengan seorang penjamin, turut mengkehendaki Cheah menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan