KUALA LUMPUR, 11 Okt -- ‘Boost’, aplikasi e-dompet gaya hidup tempatan Malaysia menyambut baik rancangan kerajaan untuk memperkenalkan langkah-langkah yang dapat membantu inklusi sosial dan kewangan untuk semua rakyat Malaysia seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2020.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd khairil Abdullah berkata syarikat itu berharap untuk menyokong inisiatif berkaitan yang akan mendorong ke arah pembangunan ekonomi digital Malaysia yang kukuh, terutamanya cadangan rangsangan e-dompet oleh kerajaan dalam Belanjawan 2020.
“Ketika negara sedang mengintegrasi ke dalam ekonomi digital global yang sedanh meningkat, kami merancang untuk memainkan peranan kami dalam membina komuniti tanpa tunai dan menyediakan akses bayaran digital dan perkhidmatan kewangan, yang akan menyumbang ke arah mempercepatkan pembangunan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Belanjawan 2020 menyediakan peruntukan yang memberangsangkan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengguna pakai digital.
Lebih 60 peratus daripada 113,000 peniaga Boost adalah daripada kategori perusahaan kecil dan mikro, katanya.
Mohd Khairil berkata platform pembayarannya menyediakan penyelesaian relevan kepada peniaga yang membolehkan mereka menjadi sebahagian daripada ekonomi digital.
“Inisiatif rangsangan e-dompet kerajaan juga akan mendorong penggunaan e-dompet sebagai kaedah bayaran yang sangat mudah kepada pelanggan,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial