EKONOMI

MATRADE ketuai ahli 10 delegasi Malaysia ke ITAP 2019

22/10/2019 08:13 PM

KUALA LUMPUR, 22 Okt -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengetuai 10 syarikat Malaysia mengetengahkan keupayaan syarikat-syarikat negara dalam Industri 4.0 pada acara Transformasi Industri Asia Pasifikic (ITAP) 2019 di Singapura mulai hari ini hingga Khamis.

Dalam kenyataan hari ini, MATRADE berkata penyertaan kali ini meliputi Pavalion Malaysia buat kali pertama bagi memudahkan pembabitan syarikat Malaysia bersama perniagaan antarabangsa dari seluruh Asia Pasifik.

Pavilion Malaysia dirasmikan oleh Persuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Zainol Rahim Zainuddin, hari ini.

Menurut Pengarah Bahagian Elektrik, Elektronik, ICT, Mesin dan Peralatan, Matrade Jamaliah Jamaluddin, acara itu merupakan pemangkin kepada transaksi perniagaan, pembelajaran, rantaian dan menjalin usaha sama dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana.

“Kami mengenal pasti pengukuhan ITAP dan berdasarkan barisan program yang komprehensif, yang meliputi pameran, persidangan dan forum, syarikat Malaysia akan dapat meningkatkan pengetahuan dalam inovasi, selain mengenal pasti rakan sealiran dengan mereka untuk perniagaan masing-masing,” kata Jamaliah.

Peserta pameran di Pavilion Malaysia meliputi syarikat yang menawarkan perundingan dan penyelesaian  4.0, penyelesaian sistem udara tanpa pemandu (UAS), penyelesaian automasi industri, penyelesaian pengedaran elektrik, IoT awan dan sistem navigasi kilang.

Penawaran lain termasuk sistem kawalan dan tenaga bersepadu, penyelesaian transformasi digital selain penyelesaian IT berasaskan teknologi lejar digital terbuka.

“Kami berharap penyertaan kami di ITAP akan mendedahkan syarikat Malaysia kepada teknologi canggih serta trend masa depan di dunia untuk dimanfaatkan,” kata Jamaliah.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan