KUCHING, 9 Dis -- Dasar liberalisasi pembekalan gula di Sarawak tidak akan memberi kesan serta merta kepada harga komoditi itu, sebaliknya ia akan memberi manfaat kepada pengguna dalam tempoh jangka masa panjang, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen.
Beliau berkata dasar itu akan memecahkan monopoli yang dipegang oleh beberapa syarikat tertentu yang sebelum ini menetapkan harga gula dalam negeri, dan ia sekaligus mengurangkan kos perniagaan di samping mengurangkan inflasi dalam jangka masa panjang.
“Perbezaan utama antara kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan sebelum ini Barisan Nasional (BN), ialah BN mewujudkan monopoli, yang mengakibatkan peningkatan kos menjalankan perniagaan, yang pastinya akan membawa kepada peningkatan harga barangan,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan pendedahan 11 syarikat yang diberi permit bagi mengimport gula ke dalam negara baru-baru ini menerusi liberalisas dasar pembekalan.
“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan meneruskan dengan dasar liberalisasi gula, dan membuka permohonan daripada mana-mana pekilang makanan dan minuman di Sarawak, (sama ada) besar atau kecil, dan kita tidak perlu ‘hubungan’ sebagaimana sewaktu pemerintahan BN sebelum ini,” tambahnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial