BERITA TERGEMPAR | PM Anwar expresses condolences to the family of Egyptian Islamic movement activist Youssef Nada who passed away today | |
KUALA LUMPUR, 11 Dis -- Anak syarikat Damansara Realty Bhd (DBhd), DAC Land Sdn Bhd, dan rakan kongsinya yang berpangkalan di Johor, Active Estates Sdn Bhd, melancarkan pembangunan komersil di Tampoi, Johor Bahru, dengan unjuran nilai pembangunan kasar (GDV) lebih daripada RM150 juta.
Business Boulevard @ Central Park adalah bahagian ketiga Aliff Square dan akan mempunyai 68 unit lot pejabat dan kedai komersil pegangan bebas yang akan dibangunkan dalam empat fasa dalam tempoh lima tahun akan datang.
Pembangunan di kawasan seluas 2.79 hektar itu akan memenuhi senarai menunggu sedia ada pembeli yang berminat susulan kejayaan pembangunan DBhd Aliff Square 1 dan 2 di kawasan yang sama.
Pengarah Urusan kumpulan DBhd, Brian Iskandar Zulkarim berkata, “Selepas Aliff Square 1 dan 2 habis dijual, kami telah membuktikan kemampuan untuk mereka bentuk dan membangunkan hartanah yang memenuhi trend terkini dan permintaan pembeli.
“Memanfaatkan lokasi strategik Taman Damansara Aliff dan kesalinghubungan yang sangat baik, kami mengharapkan Business Boulevard @ Central Park dapat membina kejayaan ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut kenyataan itu, hubungan strategik antara DBhd dan Active Estates Sdn Bhd merupakan sebahagian daripada strategi pengembangan.
“Hubungan strategikmerupakan penyumbang penting kepada pertumbuhan DBhd dan sentiasa menjadi sebahagian daripada strategi jangka panjang kami.
“Dengan menggabungkan kekuatan dan kemampuan dengan rakan kongsi yang mantap seperti Active Estate, kami dapat beroperasi lebih cekap dengan perbelanjaan modal yang minimum, menghasilkan pendapatan yang lebih berkualiti dan menggerakkan DBhd hampir kepada matlamat kewangan 2019 kami,” kata Brian Iskandar.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial