DUNIA

4 pendaki rakyat Korea Selatan hilang di kawasan pergunungan Himalaya

18/01/2020 01:38 PM

SEOUL, 18 Jan -- Empat pendaki rakyat Korea Selatan telah didapati hilang di kawasan pergunungan Himalaya di Nepal susulan insiden salji runtuh, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan kementerian luar Seoul pada Sabtu.

Insiden itu berlaku di laluan trekking Annapurna yang terkenal pada kira-kira pukul 10.30 pagi hingga 11 pagi (waktu tempatan) hari Jumaat, menurut kementerian tersebut. Lima lagi pendaki daripada kumpulan sama berada dalam keadaan selamat.

Misi Korea Selatan di Nepal telah meminta agar pihak berkuasa tempatan mengaktifkan operasi pencarian di kawasan itu.

Keluarga pendaki yang hilang telah dimaklumkan mengenai insiden itu.

Kerajaan Korea Selatan akan menghantar satu pasukan kecemasan bagi menangani kes itu dan menyediakan bantuan yang diperlukan kepada keluarga mangsa, menurut kenyataan tersebut.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan