KUCHING, 31 Jan -- Sebanyak 416 karton rokok yang dianggarkan bernilai RM132,640, dirampas oleh Batalion 11 Pasukan Gerakan Am Kuching dalam satu operasi di Lundu semalam.
Pegawai Pemerintah Batalion 11 PGA Kuching, Supt Rosdi Inai berkata operasi yang dijalankan oleh enam pegawai dan anggota diketuai Pegawai Gerakan Risikan Batalion 11 PGA pada jam 3.30 petang berdasarkan risikan dan maklumat yang diperoleh.
“Sebanyak 416 karton rokok kretek dan putih disyaki diseludup yang disembunyikan dijumpai di dalam dua buah kereta yang diletakkan di kawasan parking Penjaja Gading, Lundu.
Kami juga juga telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 43 tahun yang mengaku sebagai pemilik kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Rosdi berkata mereka turut merampas dua kereta berkenaan yang bernilai RM70,000 dan percaya bahawa rokok yang dirampas itu diseludup dari negara jiran dan akan dipasarkan di pasaran tempatan.
“Kes diserah kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Lundu untuk disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang boleh membawa hukuman denda minimum 10 kali nilai barang dan maksimum 20 kali nilai barang atau penjara tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial