DOHA, 24 Feb -- Akhirnya selepas lebih tiga tahun, Qatar dan Mesir pada Selasa mengadakan rundingan pertama di Kuwait untuk memulihkan kembali hubungan apabila negara-negara Arab yang memboikot Qatar bersetuju mengakhiri konflik dengan Doha pada sidang kemuncak Arab Saudi, awal Januari lalu, lapor Agensi Berita Sputnik.
Menurut Agensi Berita Qatar, mesyuarat itu membincangkan langkah-langkah yang harus diambil untuk memperkuat kerjasama dan hubungan dua hala, serta untuk memenuhi aspirasi rakyat dalam memastikan keselamatan dan pembangunan yang stabil.
Kedua-dua negara mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak Teluk, serta Kuwait atas usahanya untuk mengatasi perpecahan dan menggalakkan kerjasama negara-negara Arab.
Sebelum ini, perwakilan Emiriah Arab Bersatu dan Qatar juga mengadakan rundingan di Kuwait bagi memulihkan kembali hubungan yang terputus pada 2017 apabila negara-negara Arab mendakwa Doha menyokong keganasan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial