MEKAH, 24 Jun -- Pengurusan Hal Ehwal Dua Masjid Suci, mengedarkan lebih 15 juta botol air zamzam sejak ibadah umrah dibenarkan semula.
Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), pihak pengurusan turut memanfaatkan teknologi untuk melayani pengunjung Masjidil Haram dengan menyediakan robot pintar bagi mengedarkan botol air zamzam.
Robot itu mampu mengedarkan 30 botol air zamzam dalam tempoh 10 minit dan ia boleh bekerja sehingga lapan jam tanpa campur tangan manusia, berhenti hanya 20 saat untuk mengisi botol.
Selain itu, air zamzam turut diedarkan oleh petugas sambil menggalas beg sandang.
Sampel air juga akan diambil setiap hari untuk diperiksa bagi memastikan kualiti air yang diedarkan bagi menjamin keselamatan jemaah.
Paip air automatik untuk air zamzam turut disediakan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial